bak kata Troye Sivan, only fools fall for you...

...and that's when i realised i was once a fool.

here i start..

ok. emm. macam ni, aku ni suka dekat someone. since 2013, i guess? masa tu, aku form 3 and dia form 1. time tu, it is not that 'suka' that we think, but more to suka tengok macam tu ja. bukan suka betul betul pun. yalah kan, kecik-kecik kot, form 3 and form 1. kah kah kah. aku suka perati dia dari jauh ja. kami tak berkawan pun. actually, sebelum aku suka perati dia, dia yang buat aku sedar tentang kewujudan dia. masa tu aku dekat tangga nak turun pi kantin, and ada sorang budak lelaki ni nak naik atas. masa tu sesak sbb recess time, so kami ter-stuck tengah tengah tangga. dia stop sebelah aku. dia nak naik atas meanwhile aku nak turun. bcs you know, recess time budak menengah atas dgn bawah tak sama. aku tertengok dia yang sedang perhatikan aku. aku tengok mata dia, and i know he was looking at my nametag. and then i was like 'budak ni apahal?'. then aku cepat cepat ajak kawan aku lain turun. so after that, i keep on bumping onto him. di kantin la, di pondok, di dewan and everywhere. since there, aku perasan yang muka dia comel. hahaha. so aku mula perhatikan dia. tapi tak lebih pun, sekadar nak cuci cuci mata tengok budak comel....habis 2013

2014, tahun bila aku mula ikut segala macam pertandingan. aku masuk drama english, drama komsas bahasa melayu, and macam macam lagi lah. ok first thing, aku sebenarnya tak nak masuk pertandingan drama komsas tu, tapi ada cikgu ni paksa aku ikut. so terpaksa lah ikut. first meeting, jumpa ahli ahli drama tu, okay lah orang orang dia. pastu surai. esok esoknya mula latihan drama. first day latihan tu, ramai dah masuk dalam dewan tempat kami latihan tu termasuk aku. then time aku dengan kawan aku tengah rilek rilek dengar lagu kat laptop, tiba tiba ada dua orang ahli perempuan kami datang dengan sorang budak lelaki. and you know what? it is him. the boy that i sebut before ni. time ni aku form 4 and dia form 2 lah. dalam hati aku 'kenapa budak ni tiba tiba masuk sini?'. and tak lama selepas tu, soalan aku terjawab, dia kena suruh ganti sorang ahli kami yang terpaksa keluar.and that time lah, aku terkejut gilaaa

dia ni jenis yang sangat friendly. budak budak sekarang kan tak berapa nak melayan girls yang kelas-depan-and-nerd--macam aku. hahahaha. tapi rupanya aku silap weh. dia layan aku sama macam dia layan kawan dia yang lain, daripada apa yang aku nampak dari mata kasar aku lah. tak tau pula kalau dalam hati dia, dia benci dekat aku hahaha. but eventhough dia ni friendly, kami still tak boleh nak rapat sangat. sebab aku ni jenis yang sangattt hmmm.. i bottle up my feelings, you know. aku marah, aku diam. aku suka, aku diam. aku benci, aku diam. marah yang kawan kawan aku pernah nampak, bukan marah betul. i mean, geram aku, aku simpan. aku tak tunjukkan. aku marah di luar tu, marah marah manja ja hahahhahahaaahaha. ok. sambung. i noticed dia macam nak rapat, maybe sebab aku ni telampau diam(ok it is not that aku ni pendiam yang shy shy cat malu yg introvert betul, aku jenis yg tak cakap banyak. aku becakap bila perlu ja) so dia nak ajak bercakap sikit. ada masa ni aku duduk sorang sorang dalam bilik PA system tengah ready ready lagu or tengah mainkan lagu masa dorang berlakon. tugas aku dalam drama ni tukang buat lagu ja, thats why aku sentiasa dalam bilik PA system yang sejuuuk. ok masa aku sorang sorang dalam bilik tu, dia masuk. i guess time tu part dia berlakon dah habis so i think dia masuk sebab nak ber-aircon, pastu aku hairan juga dia ni lama betul, 'x mau keluar ka?' aku ckp dalam hati ja hahaha. tak sampai hati nak halau. sumore thats not my room lol. pastu tak lama dia keluar.

first thing yang kami cakap, pasal gambar. gambar yang aku post kat wechat. so the day before tu, dia add aku dekat wechat. aku accept. then esoknya, bila semua orang tengah rehat, aku duduk sorang sorang dekat kerusi atas dewan. yang lain busy, busy entah apa. kawan aku yg pengarah drama tu busy ceramah apa kesalahan pelakon pelakon. aku yang tak berlakon, duduk ja lah kat kerusi atas pentas tu. boring juga asyik duduk dalam bilik PA system tu. so aku di luar, dengar dorang discuss. pastu, dia duduk sebelah aku. tak lah dekat k, ada jarak lagi banyak. tapi kami dua ja duduk atas kerusi tu. pastu ada kawan lelaki aku sorang ni, bagi signal dkt aku. dia angkat angkat kening. 'eh minta tampar kali budak ni' geram betul aku. dia tau aku minat(bukan minat=love ya. minat=usha usha gitu) budak tu. benci betul. macam mana la dia boleh tau? hahaha. kami duduk ja, tak bercakap pun. pastu dia hilang entah pi mana. tak lama, ada balik. pastu dia duduk pula sebelah kiri aku. tadi sebelah kanan. and first thing dia tanya, "boyfriend kau ka si ..... tu?". ok before that, 'boyfriend' maksud dia tu yg gambar aku post dkt wechat. k sambung. pastu aku tengok dia. aku pelik sbb first time ni dia bercakap dgn aku. and yang aku lagi pelik, nama yang dia sebut aku langsung tak kenal. "ha? siapa tu?" "si .... bah." "siapa??? ......? x kenal eh." "tipu. habis gambar yang kau post dekat wechat tu?" "gambar yang aku post? yang mana?" pastu aku refresh balik memory aku. apa yang aku post kat wechat. pastu aku ingat, aku ada post gambar kawan perempuan aku dgn crush dia tengah makan, kat pizza. "ohhhh. hahaha. tu bukan aku tu." "tipu."(ok sini. dia tak caya aku cakap the girl is not me sbb dalam gambar tu kawan aku tutup muka dia. nampak muka lelaki tu ja) "betul lah. perempuan dlm gambar tu si ....(kawan aku yg dlm team drama tu juga, so dia kenal) aku." "ohhh." habis.

lepas tu aku tak ingat sangat dah. slalu cakap cakap la juga time latihan. kadang kadang tejumpa pun tegur hi hi gitu ja. aku ingat kami mula rapat masa hari pertandingan. sedih kan? last day juga baru rapat. hahahaha. time last day tu, macam macam dia buat. pukul 6 lebih pagi, i received one message from unknown number, but i knew that was him. i didn't save his number, but i know sebab ada sorang ahli tu pernah post conversation whatsapp dorang. so i knew. hahaha. dia nak mainkan aku, so i followed the flow. aku buat buat tak tahu. aku layan ja. hahaha. pastu bila part lakonan kami habis, kami kumpul belakang stage. aku kan dekat PA system, so aku sampai lambat sikit dekat belakang stage. bila aku dengan dua orang kawan aku, sorang PA system juga and sorang lagi pengarah, dorang dua pergi bercakap dengan cikgu. aku malas nak bercakap. so aku berdiri ja sorang sorang kat belakang. malas masuk campur apa yang dorang cakap. pastu dia pun tiba tiba berdiri depan aku. menghadap aku. dia kan tinggi sikit, so aku dongak lah. "apa?" "kenapa bibir kau kering?" "entah" actually aku tahu sebabnya, aku tak suka minum air putih. hahaha tapi aku malas nak cakap banyak, so aku cakap entah ja. "eiiii. selalu buat gini *dia basahkan bibir dia guna lidah*" "ohhh bah." aku pun basahkan sikir bibir aku. padahal dalam hati 'ish macam ni, makin lah kering bibir aku'. oh anak-anak, jangan basahkan bibir pakai air liur ya, bibir akan makin kering. tapi sebab aku malas betul nak bercakap time tu, aku ikut kan ja lah apa dia cakap. lol.

the next day, dia 'hi' aku dkt wechat. so we continued chatting sehari tu. and you know what? thats all that happened. i got butterflied in my stomach for nothing.

tak lama beberapa lepas tu. dia post kat moment wechat that he is in a relationship. not even a week past. funny kan? so the time yg aku happy dia chat aku, i assumed dia tengah chat perempuan lain juga lah. so he was tryin to find someone perfect for him. and obviously thats not me. ha ha ha.

kan i said i was a fool............. 

Comments

Popular Posts